I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 18 February 2012

cercite chenta (3)


Seperti yang dijangkakan, sesampainya aku di rumah, telefonku bordering menandakan mamat perasan bagus tu tak main-main bila berjanji.Berdebar benar hatiku hendak menekan butang accept di Galaxy Noteku.
“Hello..Hai awak!”kata mamat perasan bagus membuka bicara.
“Hello..”jawabku endah tak endah..masih bersisa rasa malu di hati.Nada suaranya begitu membuatku asyik terbayangkan lesung pipitnya yang sangat manis.
“Awak tengah buat apa tu?”soalnya begitu manja..seakan-akan cara Afzan bercakap dengan Dyna, pasangan kekasih yang sweet sangat.
“Tak buat apa pun..tengah tunggu mengantuk dating menjemput”jawabku.
“”Ea?Tak pe lah..sementara menunggu mengantuk dating menjemput, jomlah kita sembang-sembang dulu.”katanya..
“Saya tak kenal awak..apalah yang kita nak sembangkan…”
“Sebab tak kenal la nak kenal ni..Firstly, saya nak minta maaf dan nak jadi kawan awak..”dia memotong ayatku yang belum sempat dihabiskan.Aku menunngu butir bicara seterusnya.
“Saya minta maaf” ulangnya.
“Saya pun”ujarku yang hanya terdiam tadi.
“Kita boleh berkawan..tapi saya tak nak jadi penyebab awak dan cikaro awak tu bergaduh pulak..Almaklumlah saya ni kan Annissa yang comel..”gurauku mengundang tawa kami berdua.
“Eh!kan saya dah cakap..h
ot chick tu adik saya..bukan cikaro saya..Eh!kenapa tiba-tiba cakap pasal cikaro ni?Orang tu dah sukakan Prince Charming ni ke?”ujarnya selamba membuatku ketawa besar.
“EUw!sukakan awak?of course tak..Saya dah ada boyfriend ok..”ujarku menguji.
Dia hanya membisu..aku juga..kenapa ek?seronok benar aku malam ni..
“Hello”
Dia menyahut panggilanku dengan tawa.
“Apalah yang difikirkan tu?”soalku
“Tak ada apalah…ingat nak tackle kawan puteri lilin ni”sindirnya membuatkan aku teringan kes di library tadi.
“Yang mana satu?si comel Dyna?sudah berpunya la..”jawabku.
“Alaa..lepas lagi..yang lagi dua tu?soalnya lagi.
“Semua dah tak available”jawabku
“Doktor Nisa?”soalnya mengundang tawaku
“Doktor Nisa mestilah yang paling laku..dah lama available”gurauku
“Available?kalau macam tu bolehlah Majistret Daniel masuk line..”usiknya
“Eh!Majiestret Daniel kan ada rupa..sudah tentu tak available lagi..lagipun, Doktor Nisa tak suka bermadu..nanti tak pasal-pasal si madu dibedah dek pakar bedah ni..ujarku membuatkan aku dan Daniel tergelak besar.
“Seronok bersembang dengan awak..happy-go-lucky..”ujarnya memuji.
“Yeke?baguslah..”sahutku endah tak endah.
Tanpa kusedar, jam dah menunjukkan pukul 11:45 malam.
“Awak, dah lewat ni..tidur dulu ek”kataku membuatkan dia berhenti ketawa.
“Yela..Tpi!”dia menyahut dengan nada tinggi.
“Tapi?”soalku
May I have you facebook profile name, Your Highnest?soalnya.
No..no..kalau nak carilah sendiri”cabarku.
“Ok..I’ll find it..kalau saya jumpa, awak kena belanja saya lunch esok?deal?”
Adoi..aku yang kena balik.
“Ok..deal..”sahutku berani kerana aku tahu akaun facebook ku susah nak dicari.
“Oklah..bye”sambungku.
“Ok..bye..Assalammualaikum..”jawabnya.
“Waalaikumsalam”sahutku.
Huh!naik berpeluh tangan aku memegang telefon..hebat penangan cowok ganteng ini.Aku tertawa sendiri.
Baru berkira-kira hendak melelapkan mata, telefonku bordering lagi.Nama Dyna tertera di skrin.
“Hello mak cik!apa kes malam-malam ni?soalku.
“Nisa, aku gaduh dengan Afzan lagi”ngadu Dyna.
“laa..kenapa pulak kali ni?”tanyaku
“Dia marah..dia cakap aku langsung tak ada masa dengan dia..study je”ujar gadis comel seusiaku itu.Dyna memang begitu.Asal ada masalah cinta ja.Doktor cinta nilah kaunselornya.
“Kau pun satu..study 24 jam..bila masa nak jumpa dia..dah..pergi minta maaf”cadangku
“Aku dah minta maaf..dia tak layan pun..merajuk benar sayang aku tu”terang Dyna.
“Hmm..aku pun faham benar tujuan kau call aku malam-malam ni.”sinisku.
“Kalau kau faham baguslah.Lagi setengah jam aku call kau balik”ujar Dyna.
Selepas Dyna mematikan telefonnya.Aku terus mendail jejaka bertuah yang menjadi pilihan gadis comel itu.Afzan nama diberi.Seorang yang nakal dan romantic.Padan benar dengan cirri-ciri lelaki idaman rakan baikku itu.
“Hello.”aku memulakan bicara.
“Hello”, sahut kekasih temanku itu.
“Kau apa khabar?lama tak dengar cerita..jumpa pun jarang..maklumlah masing-masing sibuk nak exam.”kataku dengan nada ceria walaupun mata dah tak berdaya nak dibuka.
“Khabar baik..aku tahu apa tujuan kau call aku malam-malam ni..ok..dengar hujah arkitek ni dulu..Aku pun berlajar juga..tapi aku ada masa untuk dia..ini tidak!Asal aku call je busy memanjang.Aku ni tunggul ke”wah!kalah hujah peguam si Sya.
“Aku tahu..aku selalu dengan dia kat kolej..kau pun kena faham..kitorang nak exam..exam budak medik bukan boleh main-main..memang mengundang tekanan” ujarku mempertahankan Dyna yang aku tahu tidak bersalah.
“Aku terlalu mendesak ke?”soalnya.
“Aku tak cakap kau salah..aku tak cakap dia salah juga..aku janji..lepas next week..dia dah tak berapa busy..kitorang dah habis exam..”pujukku.
“Yela..aku faham..kejap lagi aku call dia minta maaf”ujarnya mengalah.
“Ok!Thanks bro!”ujrku berterima kasih.
“Ye!oklah..tak sabar nak call sayang aku ni”katanya.
“Call lah cepat..tolong bagitahu dia yang aku cakap sama-sama dan aku dah tidur.ok bye..”ujarku panjang lebar.
Aku mematikan sebelum sempat si Afzan menutup bicara.

bersambung…