I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 26 February 2012

cercite chenta (4)


Esoknya, seperti biasa, aku ke rumah Dyna untuk menjemputnya.Aku dan gadis comel itu ke kolej bersama.Ketika sedang ayik menghayati bait lirik lagu Penerang Hati dendangan Sixth Sense.Dyna bersuara…
“Weyh!Aku balik sendiri taw” ujar gadis yang ku kenal sejak di bangku sekolah ini.Aku, Dyna, Sya dan Efa memang rapat sejak di tingkatan 1 lagi.Mungkin tagline ‘BFF’ itu yang membuatkan persahabatan kami terus utuh.
“Ye..Aku tahu..Kau mesti nak ambil angin naik Kawasaki merah tu kan?”sahutku sambil menunjukkan kearah seorang lelaki bermotosikal di sebelah mini cooperku.
“Eh!Abg!”jerit Dyna sambil menoleh kearah kekasihnya dan membuat flying kiss.
`Argh!sweetnya..kenapalah aku tak ada boyfriend’ aku bermonolog sendiri.
Ketika sedang menceri tempat untuk memakit keretaku, aku terlihat satu kotak kosong..baru beriya-iya hendak memakir di situ, aku terlihat satu papan tanda..

                              RESERVE 

“Alamak!reserve pula”marahku sambil mengundurkan keretaku.
“Eh!kejap!Kau tahu baca sampai habis tak? ujar Dyna
                               
                            RESERVE FOR DR. ANYYSSA

“Siapa pula yang buat kerja gila ni?”soalku kebingungan.
“Bakal pak we kau tu la”sahut Dyna sambil menunjukkan ke arAh Daniel yang tersenyum manja di tepi keretaku.Aku membuka cermin tingkap keretaku.
“Hai awak!tengok ni”ujar si kacak itu sambil mengangkat ipadnya.
Terkejut bukan kepalang apabila melihat profil facebook ku di skrin ipadnya.
Adus!Habisla duit aku lunch nanti.Aku menjeling ke arahnya.
“Saya tunggu awak kat kafe habis kelas nanti tau”ujarnya sambil berlalu bersama Afzan, kekasih si Dyna.
Huh!Ni mesti kerja dia.
“Menyesal aku tolong korang semalam!tengok?Afzan bukan nak tolong aku pun”, bebelku kepada Dyna.
Eh!Dia tolong la tu..Dia tolong baikkan kau dengan Daniel Hakimi yang ganteng banget tu”, ujar Dyna dengan loghat bibiknya.Aku mendengar statement memalukan itu endah tak endah saja.
As usual, aku memberikan sepenuh perhatian ketika kelas prof. kesayanganku.Selesai kelas, aku ke kafe..janji mesti ditepati.
Sesampainya aku di kafe, kelihatan Afzan, Amir, Fir, Efa, Sya dan tidak terkecuali, Daniel Hakimi!Dyna pergi mendapatkan kekasihnya, si Afzan.Aduh!Aku nak duduk mana?Semuanya disebelah kekasih masing-masing.Tempat kosong Cuma disebelah Daniel.Firdaus tau lebih selesa dipanggil Fir, kekasih Sya bersuara..
“Wahai putera Daniel..tariklah kerusi untuk puteri Nisa yang tengah membatu tu,” sinisnya.
Daniel bangun dengan senyuman sambil menarik kerusi untukku.Aku malas hendak bergaduh dengan mereka yang asyik menyakatku.Aku memanggil waiter untuk memesan vanilla latte ku..
“Vanilla latte ye dik?”kata si waiter yang sudah tahu apa yang hendah dipesanku.aku menangguk.
“Vanilla latte dua tau adik..”, Sambung Daniel sambil melemparkan senyuman berlesung pipitnya kepadaku.Tergoda aku dibuatnya.
“Korang nak order apa?orderlah..it’s on me today”kata Daniel kepada pasangan-pasangan itu.Huh!selamat duit aku.
Seronok benar aku tengok diorang.Disayangi dan menyayangi.tapi..ibu selalu berpesan..sayang macam mana pun..kita tetap orang islam..bergaul ada batasnya..aku dan kawan-kawan tidak pernah lupa pesanan ibu.
Masing-masing rancak berbual..aku yang biasanya happy-go-lucky kini membatu seperti patung cendana.berdebar benar rasa hatiku.
Amir Faiz, kekasih si Efa bersuara..
Hai doktor, doktor sakit ke?Selalunya mulut doktor la yang paling aktif mengusik jejaka-jejaka tampan ni”katanya mengundang tawa kawan-kawan yang lain.
“Doktor sakit cinta”, sambung bakal chaef selbriti terkenal, Efa.
“Ape yang korang merepek ni..Aku letih la..balik nanti nak kena kemaskan barang ayah aku nak pindah..nak drive pun dah tak larat ni”
“Kalau macam tu..tak payah drive..kereta kau aku bawak balik..Kau Daniel!Hantar Nisa balik,”arah Dyna.
“Tadi kau kata akau balik dengan Afzan”ujarku megelak.
“Tak jadi, kan dah jumpa ni..”Ujar Dyna sambil menarik kunci keretaku yang kupegang untuk mengelakkan aku berdalih lagi.
“Hmm..aku ambil teksi je lah..tak nak menyusahkan kawan baru korang ni”, kataku sambil menunjukkan ke arah jejaka yang mempunyai cirri-ciri lelaki idamanku menggunakan isyarat mata.
“Eh!tak adalah..jomlah saya hantarkan”, kta Daniel sambil mengangkat buku-buku rujukanku.
“Yelah..tapi saya larat lagi nak angkat buku-buku tu”ujarku mengalah.
“Biarlah..nak buat amal jariah..”ujar Daniel selamba.
Sweetnya awak..”, kata Sya kepada Daniel menjemput cubitan di pipinya akibat membangunkan cemburu si Fir.
Sempat aku ketawa kecil melihat telatah mereka sebelum beredar.

  Semasa di dalam kereta mewah milik teman baruku itu, aku hanya diam memandang permandangan di luar.Dia bersuara memulakan bicara.
“Awak duduk dekat sini dengan siapa nanti?”soalnya kepadaku.
“Dengan Sya dan Efa”, jawabku ringkas.
“Oh!parents awak pindah ke mana?”, soalnya lagi.
“Johor, maknanya lepas ni kalau cuti sem, saya akan balik ke Johor.,” terangku.
“ye?Bolehlah kita balik sekali.Pesakit doktor ni pun orang Johor.”guraunya.
Aku menyambut jenakanya dengan senyuman.
“Eh!Tak sangka kita ada persamaan”kata jejaka kacak yang baru ku kenal itu.
“Persamaan?”soalku kebingungan.
“Lesung batu di pipit u?Doktor pun tak mengamalkan pemakanan yang sihat ke?tengok pipit u dah tak cukup tisu.”jenakanya kali ini membuatku ketawa besar.
“Orang yang cakap tu memanglah pipi dia terlebih tisu kan?”sinisku.
“Aish!perli padat tu”
Kami tergelak besar..mesra benar aku dengannya..rasa seperti sudah lama berkenalan.

“Hah!itu rumah saya’tunjukku ke arah sebuah bangle milik ASP Farid.
“Wow..Villa Qaseh, sedap nama tu..siapa yang letak?”soalnya.
“Sayalah..sempena nama arwah tunang abang saya”, terangku.
“Ouh!maafkan saya”ujarnya bersalah.
“Tak apa..ok lah..thanks ek..Assalammualaikum..,”ujarku sambil keluar dari BMW 3 series itu.
“Sama-sama..Waalaikumsalam..”dia berlalu dengan senyuman yang kerap ku lihat hari ini.
   Macam biasa, selesai solah Isyak, aku berehat di atas singgahsanaku, nyaman sekali rasanya.Entah kenapa malam ini aku terasa bahagia benar.Tiba-Tiba satu SMS menerjah skrin Galaxy Noteku.

   ‘Nytez..mimpikan saya malam ni tau..
    Salam..^_^”

SMS dari Daniel.Aku tersenyum lebar selepas membacanya..

Bersambung….

No comments:

Post a Comment