I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 8 March 2012

cerciter chenta (5)


Hari ni aku tak ada kuliah.Ingat nak ajak kawan-kawan pergi tengok wayang sama-sama.Orang pertama yang kuhubungi tentulah Dyna.
tutt..Tutt..
“Hello sayang” ujarku manja.
“uarghh!hello..”sahut Dyna selepas menguap.
“Oit!Kau baru bangun ek?Dah pukul 9.30 tau tak?”marahku.
Relax la sis..baru pukul 9.30..belum 11 lagi..”jawab Dyna.
“Ish!anak dara apa lah kau ni..dah..dah..pergi siap..jom keluar tengok wayang.Kau ajak si Efa dengan Sya skali.”bebelku.
“Ok!tapiiiii…”jawab Dyna.
“Tapi apa lagi?”soalku.
“Macam tertinggal lagi sorang je..tapi kalau ada sorang tu..wajib kena ada ladi dua.”putar-belit Dyna.
“Hey!Korang ni kan..tak boleh hidup tanpa jejaka perasan tu”leterku lagi.
“Mesti la..bolehlah sayang,”pujuknya.
“Yela!”ujarku mengalah.
“Aku ambil kau pukul 11,”sambungku sebelum mematikan telefon.
      Aku menjemput Dyna dan kami ke Pavilion.Kelihatan Efa, Sya dan pasangan masing-masing sedang rancak berbual di Starbucks.
“Korang dah lama sampai?”soalku.
“Lama la juga.ada la dalam 10 minit lepas, tengok! Air pun dah habis,” sinis Amir sambil menunjukkan gelas yang masih penuh airnya.
“Eh!mana Afza?”soal Dyna tanp menghiraukan gurauan Amir.
“Dia datang dengan kawan katanya,”jawab Fir.
            Ketibaan Putera Afzan yang dinanti-nantikan menjengah pintu Pavilion diikuti dengan Daniel.
“Daniel?”jeritku terkejut.
            Masing-masing membuat hal sendiri.Si Fir sibuk membelek selendang Sya.Amir dan Efa pula sibuk bergambar dengan ipad milik Amir.Dyna pula awal-awal lagi dah mendapatkan Prince Charmingnya.
“Argh!Menyampah betul aku.Korang lepaklah.aku nak balik!,”ujarku marah.
“Eh sis!relax la..Kau yang plan..kau yang nak blah,”kata Afzan memujuk.
“Sorry dear,” kata Dyna sambil memegang tanganku.
            Aku mengalah.Aku hanya mengekori langkah tiga pasangan kekasih itu ke panggung.Aku dikenakan sekali lagi.Aku dipaksa duduk di sebelah Daniel.Huh!Sempat aku mencuit lengan si Efa.Mereka hanya ketawa melihatku.
“Aku laparlah.Jom makan,”kata Efa sebaik keluar dari panggung.
“Aku nak pergi beli barang jap.Baby..teman sayang ek?”ajak Sya kepada kekasihnya.
“Ok..jom-jom..hah!korang tunggu kitorang kat Pizza Hut erk,”pesan Fir.
“Eh!Aku pergi order dululah,” sahut Efa.
“Jom Amir,”sambung Efa sambil mengenyit mata kepadaku.
“Abang..tadi cakap nak pergi beli baju kan..,”ujar Dyna kepasa Afzan.
“Eh!bila pulak?”sahut Afzan.
“Alaa..tadi abang cakap…”kata Dyna sambil menunjuk ke arahku menggunakan isyarat mata.
“Eh!ya tak ya juga.Jom-jom,”kata Afzan.
“Good luck bro!”bisik Afzan kepada Daniel yang hanya tersenyum dibelakangku.
“Hmm..awak tak nak pergi beli apa-apa?pergilah..saya tunggu kat Pizza Hut,”ujarku sebaik sahaja Afzan dan Dyna berlalu pergi.
“Tak kot.Nak ronda-ronda je.Tak pernah dating sini.Jom teman saya,”pelawa Daniel.
“yela”ujarku.
‘Awak..jom masuk The Gift tu..nak belikan hadiah untuk adik saya.Birthday dia lusa,”terang Daniel.
“Jom” jawabku ringkas.
            Kami melangkah masuk ke The Gift.Aku terpadang ke arah seekor teddy yang comel sangat.
“Nak beli apa ek?”soal Daniel.
“Argh!comelnya teddy tu..sedap kalau buat peluk ni,”ujarku tanpa menghiraukan soalan Daniel.
            Dia hanya tersenyum melihat gelagatku membelek teddy bear besar itu.
“Belilah yang ni untuk adik awak!,” cadangku.
“Boleh jugak..”jawab Daniel.
“Eh!awak pergi bayar dulu.Saya nak ke Pizza Hut..dah lambat ni”ujarku disambut anggukkan Daniel.
            Aku berjalan menuju ke Pizza Hut.Aku terpadang sehelai shawl yang cantik sangat.Tiba-tibaaa…
“Cantik kan?”soal seorang lelaki di sebelahku.
“Hmm..cantik..,”jawabku sambil menoleh ke arah lelaki itu.
Eh!Daniel..cepatnye,”sambungku kepada Daniel yang hanya tersenyum.
“Eh!jom cepat..mesti diorang dah tunggu kita,” kataku.
            Dia hanya mengekori langkahku.
“Wah!putera dan puteri dah sampai,”kata Afzan membuatkan semua memerhatikan kami.
“Sila..sila..,”kata Fir sambil bangun untuk menarik kerusiku dan Daniel.
‘Ish!korang ni!”bentakku.
“Mana air aku?,”soalku.
‘Jap..saya pergi order,”kata Daniel.
“0ooo..sweetnya abang,”kata Dyna kepada Afzan.
“Yeke?bukan abang lagi sweet ke?”soal Afzan.
“Mestilah!”jawab Dyna mengundang tawa kami.
            Selesai bersantap, aku bersuara..
“Dyna!Kau balik dengan Afzan tau,”ujarku.
“ok..,”sahut Dyna.
“Oklah geng!Aku balik dulu..thanks for today,”ujarku.
            Aku bangun dan beredr dari situ.Daniel mengejarku dan bersuara..
“Jumpa esok.”
Aku hanya membalas dengan senyuman berlesung pipitku.

bersambung…

No comments:

Post a Comment